wlcm

Friday 27 January 2012

cinta SMS(ep.5)

karya AIMAN AZLAN


Alia merenung mesej yang dihantar oleh abangnya.
Ahmad: Ali terima. Alhamdulillah!

Ahmad: Oit budak kecik, termenung jauh nampak!

Alia: Uish, buat terkejut orang ja.

Ahmad: Haha, sorry. Tengah kira duit raya ka?

Alia: Raya dah lepas la. Lia dok tengok mesej yang abang hantar time pegi umah Ali hari tu.

Ahmad: Takkan angau kot?

Alia: Hai, tarik janggut kang! Mana boleh angau-angau. Lia tengah pikir pasal soal kahwin ni la.

Ahmad: Abang testing aja la.

Alia: Ummi ngan abi kat bilik ka?

Ahmad: Yup. Nak jumpa diorang skang?

Alia: Boleh gak. Abang teman bleh?

Ahmad: Hai, takkan cuak kot? Diorang bukan nak terkam pun.

Alia: Lia tau la. Ntah la, rasa cam kekok je. Jom ar!

Ahmad: Ye la, ye la.

Ahmad ketuk pintu bilik ummi dan abi.

Ahmad: Assalamualaikum.

Ummi: Waalaikumussalam warahmatullah. Masuk la.

Alia: Ummi ngan abi free ke skang?

Abi: Free je. Tengah tunggu Isyak masuk.

Alia: Nak bincang skit boleh?

Ummi: Boleh je. Tapi kalau nak bincang pun, masuk la dulu. Duduk sini ha. Yang tercengang kat pintu tu buat apa?

Alia: Hee...

Alia dan Ahmad masuk dan duduk dekat ngan ummi dan abi. Alia nampak nervous.

Alia: Fuh, Bismillah. Sebenarnya...

Ahmad: ALIA TAK SABAR NAK KAWEEEN!

Alia: Oi, potong stim la! Orang tengah feeling ni.

Ahmad: Sapa suruh ajak abang teman tadi. Haha!

Alia baling bantal kat Ahmad. Ummi dan abi senyum saja.

Alia: Ehem. Anyway, ummi abi tau kan yang minggu lepas Ali terima lamaran Alia. Tapi unfortunately, kita tak dapat nak bincang ngan lanjut sebab nak sambut hari raya hari tu. So, Alia nak pick up where we left off.

Abi: Hmm...Alia sure ke pasal Ali?

Alia: Well, Lia basically tahu in general yang Ali ni orang yang baik. Tambah plak, Lia dah interrogate dah si Ahmad ni nak tau background Ali since Ahmad ngan Ali ni best friends. And after that, Lia dah istikharah dan Alhamdulillah, Lia yakin ini keputusan yang betul. Tawakal kepada Allah.

Ummi: Study macam mana? Tak ganggu ka?

Alia: Lia slalu dengar la orang cakap kahwin time belajar ni mengganggu pelajaran. Ramai yang tak excel disebabkan perkahwinan. Tapi Lia rasa ini tak adil, sebab ramai jugak yang excel selepas berkahwin. Yang tu tak pulak disebut. Jadi, puncanya ialah diri sendiri yang tidak cukup bersedia, bukan perkahwinan. Pelajaran Lia skang stabil Ummi dan Insha Allah, tak akan terjejas disebabkan perkahwinan.

Ummi: Betul. Tapi, ada possibility untuk tangguh sampai graduasi?

Alia: Lia takut tak dapat nak jaga hati ja. Kalau situasi dah sesuai, kenapa tak segerakan saja kan?

Abi: Sure dah ready nak kahwin? Bukan senang tau.

Alia: What do you think? Am I ready to be a wife?

Abi berfikir sejenak.

Abi: I think you would be a great wife. Like your mother.

Ummi: Hek eleh...

Abi senyum.

Alia: Lia sedar kahwin ni bukan a piece of cake. Tak macam boyfriend/girlfriend. Mudah dan takda responsibility. Tapi, takda keredhaan dari Allah. Lia lebih sanggup hadapi cabaran dengan keredhaan Allah, dari enjoy kesenangan dalam kemurkaan-Nya.

Abi: Good answer.

Ummi: Kenapa Lia nak kahwin?

Alia: Di mana ada gula, di situ ada semut. Apa saja Allah suka, itu Alia rebut.

Ahmad: Pergh!

Alia: Lia jugak tengok ini satu peluang terbaik untuk dakwah. Ye la, kita dok cakap kapel tu haram...haram...haram tapi takde pulak kita sediakan alternatif. And bukan sekadar sebut-sebut saja alternatif ni, tapi kita tunjukkan contoh. Barulah masyuk! Moga-moga hati diorang pun terbuka jugak Insha Allah.

Abi pandang ummi. Ummi angguk.

Abi: Ahmad, tolong jemput Ali datang sini esok.

Ahmad: Okay, Ahmad akan ajak dia dan parents dia datang.



Abi: Nope, dia seorang saja.

Ahmad: Serius?

No comments: