wlcm

Friday 27 January 2012

cinta SMS(ep.6)

karya AIMAN AZLAN


Abi: Ahmad, mana Ali?

Ahmad: Entah. Jap, Ahmad mesej dia.

Henset Ali berbunyi.

Ahmad: Dah sampai?
Ali: Aku kat luar umah ko dah. Cuak kot!
Ahmad keluar.

Ahmad: Assalamualaikum!

Ali: Waalaikumussalam warahmatullah.

Ahmad: La, apsal tak call aku?

Ali: Aku tengah layan fikiran la bro.

Ahmad: Ko fikir banyak sangat la. Jom masuk!

Ali berjalan perlahan-lahan masuk rumah.

Ali: Assalamualaikum pak cik.

Abi: Waalaikumussalam warahmatullah. Sila la duduk.

Ummi: Alia, tolong amik air.

Ali duduk. Walaupun sofa empuk, dirinya tetap rasa kurang selesa. Abi tahu dia nervous dan dia sengaja tidak mahu memulakan perbualan. Dia hanya senyum dan tunggu.
Alia: Sila la minum.

Ali amik cawan di depannya dan minum, dengan harapan dapat mengurangkan kejanggalan situasi. Tak berkesan. Dia sedar bahawa dia harus berani.

Ali: Ehem...rasanya pak cik dah tahu kot kenapa saya datang ni kan?

Abi: Kenapa awak datang ye?

Ali: Err...camne nak cakap ek?

Ahmad menghantar SMS kepada Alia...

Ahmad: Abi ni saja buat orang gabra kan? Padahal dia tahu je kenapa Ali datang.
Alia: LOL! Lia pun gabra gak ni.

Ali: Sebenarnya...saya datang...nak menyampaikan hajat...ingin...kahwin...dengan......Alia

Abi: Kahwin?

Ali: Ye.

Ummi: Umur awak brapa tahun Ali?

Ali: Saya sekarang dah 21 tahun mak cik.

Ummi: Oh, blaja lagi la?

Ali: Ye.

Abi: Bila awak plan untuk kahwin?

Ali: Seberapa cepat yang boleh. Saya tak nak rush, tapi saya jugak tak nak tangguh. Salah satu agenda saya datang ni nak bincang pasal bila nak kahwin jugak la.

Perbualan sudah mendapat momentumnya. Ali semakin kurang nervous.
Abi: Dari segi kewangan, macam mana tu Ali?

Ali: Err...sama macam Ahmad, saya ada biasiswa.

Abi: Brapa awak dapat sebulan?

Ali: Alhamdulillah, dapat $1300 sebulan. Lebih dari cukup kalau pandai belanja.

Abi: Awak tahu kahwin ni bukan murah kan? Kenduri yang sederhana pun ada la dalam RM14,000. Tu tak termasuk pelamin, hantaran, upah mak andam, baju pengantin, dan lain-lain.

Ali: Hantaran? Pelamin?

Ali memandang Ahmad. Ahmad pun nampak keliru.
Ahmad:
 Abi, kita nak buat persandingan ke? Hantaran jugak?

Alia: Lagi satu, Lia tak tahu pulak Abi nak upah mak andam. Sejak bila Lia pakai mekap Abi? Gincu pun tak penah pakai. Setakat lip gloss ja.

Ummi: Well, hari tu kan hari special untuk Lia. Bukan selalu pun jadi raja sehari ni kan?

Ali: Err...pak cik, kalau kita tak buat persandingan boleh tak?

Abi: Kenapa?

Ali: Saya rasa kurang selesa bila bayangkan isteri saya berhias-hias pastu kena "display" kepada orang ramai. Mata-mata lelaki asing yang memandang tu rasa macam anak-anak panah menusuk hati saya.

Ummi: Ala, sehari je kan?

Ali: Saya faham. Hari tu hari special. Kami seakan-akan raja pada hari tu. Tapi, even raja pun harus patuh pada Raja yang sebenar iaitu Allah kan?

Abi: Kalau tak buat, nanti apa kata-kata jiran pulak?

Ahmad dan Alia kelihatan kurang selesa dengan perbualan ini.
Ali: Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang pak cik. Saya bukan kata yang kita tak boleh nak ada adat langsung dalam perkahwinan ni. Apa yang saya nak katakan ni ialah kita tapis dulu adat-adat kita ni supaya tak langgar perintah Allah.

Ummi: Tapi ramai je yang buat.

Ali: Saya tak nak cakap apa-apapun bagi pihak mereka. Itu antara mereka dengan Allah. Dalam situasi kita ni pulak, ia antara kita dengan Allah.

Abi: Jadi tak nak bersanding la ni?

Ali: Seeloknya tak perlu la pak cik. Tapi, kalau nak dibuat jugak, kita boleh adakan sesi bersanding dengan kaum hawa dan saudara lelaki sahaja. Kaum adam yang asing tak boleh masuk. Dan kita tak benarkan sesiapa ambil gambar melainkan kamera kita sendiri. Takut-takut ada yang upload dalam Facebook ke, Flickr ke, dan entah apa lagi website yang diorang boleh upload gambar-gambar tu. Ha, kalu yang tu nak bersolek pun takpe.

Abi: Awak tak rasa ekstrim ke tu?

Ali mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan senyuman di mukanya dan menjaga adabnya. 

Ali: With all due respect, saya rasa yang ekstrimnya ialah Alia berhias berlebihan depan khalayak ramai dengan solekan yang berlebihan dan pakaian pengantin yang terlebih lawa. Kebanyakkan pakaian pengantin Muslimah tidak Muslimah pun, walaupun labelnya "Muslimah".

Alia: Lia setuju dengan Ali tu. Kalau setakat nak pakai sehari je, pastu simpan dalam almari and biar berdebu je Lia rasa macam membazir. Dah la bayar mahal. Kalau mahal tapi boleh dipakai everyday tu okay jugak.

Ummi: Ummi nak Lia nampak segak hari tu. Kenduri kahwin tu sekali je tau?

Dengan suara lembut, Alia menjawab...


Alia: Ummi, segak di mata siapa?

Suasana senyap seketika...

No comments: