wlcm

Saturday 28 January 2012

cinta SMS(ep.8)

karya AIMAN AZLAN

Abi:
 Ali...I don't think this is going to work out.

Ali menghembus nafas yang berat di dada, tidak mampu berkata apa-apa. 

[Flashback]

Ali mengetuk pintu bilik ibu bapanya.

Ali: Assalamualaikum.

Ayah: Waalaikumussalam warahmatullah. Masuk la.

Ali duduk bersama-sama ibu bapanya.

Ali: So...camne meeting kita ngan ustaz tadi? What do you guys think?

Mak: Hmm...kami faham and setuju ngan apa yang ustaz cakapkan.

Ali: Tapi?

Ayah: Tapi cakap tu senang, buat tu susah.

Ali: Ali tahu yang cara Ali nak kahwin akan mendapat cemuhan orang. Ali tahu jugak yang Mak Ayah akan terima komen-komen yang mungkin boleh mengguris hati.

Ali dapat baca kerisauan di muka ibu bapanya.

Ali: Tapi kalau kita dok ikut saja ngan apa yang masyarakat nak, angguk saja ngan adat-adat yang kita tahu bercanggah ngan Islam...then when will it end? Someone has to start the change, and I want to be that someone.

Ayah: Alia pulak macam mana?

Ali: Dia sama macam Ali. Dia nak perkahwinan yang simple, tapi tak de la menolak semua adat Melayu.

Ayah: Parents dia pulak?

Ali: Tak tau la. Ali tak penah jumpa diorang lagi. Hopefully diorang sama macam Alia la. So, Mak Ayah ok la ngan keputusan Ali ek?

Ayah: Ayah rasa Ali dah cukup matang untuk tahu betapa beratnya perkahwinan ni. Kalau Ali cakap yang Ali dah ready untuk hadapi suma tu, Ayah restu je.

Ali: Mak? Mak nampak cam tengah pikir something je.

Mak: Mak boleh predict yang kawan-kawan mak akan cakap macam-macam.

Ali: Mak, pikir pasal Allah je Mak. Kalau satu dunia tak suka tapi Allah je yang suka, itu dah lebih dari cukup Mak. Percaya la, kata-kata tajam diorang tu akan hilang eventually. Cuma at the beginning je kita kena bersabar skit. Kalau boleh, Ali tak nak tengok Mak or Ayah sakit hati.

Ali terima SMS dari Ahmad...
Ahmad: Salam bro. Parents aku nak jumpa ko. Ko sorang je la. Amacam?
Ali: Ya Allah!

Mak: Kenapa ni?

Ali: Ni ha, si Ahmad hantar mesej. Katanya parents Alia nak jumpa Ali. Nak jumpa Ali sorang je.

Mak: Well, in that case Mak akan restu kalau parents Alia restu. Ali pegi la jumpa diorang.

Ali: Serius? Ali tak penah buat benda camni. Gabra nih! Lagi gabra daripada interview untuk scholarship. Ada kata-kata semangat tak?

Ayah: Jangan terkencing dalam seluar okeh?

Ali: ...

[Flashback tamat]

Abi: Ali...I don't think this is going to work out.

Ali: Saya faham. Kalau wali Alia tak restu, saya tiada hak untuk bantah. Terima kasih kerana sudi luangkan masa ngan saya. Saya...mintak diri dulu.

Alia berlinangan dengan air mata. Ali berdiri dan berjalan menuju pintu masuk. 

Ali: Pak cik, mak cik...assalamualaikum.

Ali hampir melangkah keluar...

Abi: Ali...

Ali berhenti. Abi berjalan menuju Ali. Semua menumpukan perhatian kepada mereka berdua.

Abi: Jauh awak datang, ambil la ni sebagai hadiah.

Abi meletakkan sesuatu dalam tangan Ali.

Ali: Cincin?

Abi: Untuk Alia. Tahniah, awak lulus!

Ali: HA?!

Abi: Kalau saya nak kahwinkan sesape ngan Alia, saya nak make sure that he is the best for her.

Ahmad dan Alia:
 Laaaaaaaa.....

Ummi senyum.

No comments: