wlcm

Friday 27 January 2012

cinta SMS(ep.7)

karya AIMAN AZLAN


Ali meletakkan cawannya ke atas meja.

Ummi: Habis takkan la Lia nak pakai baju kurung biasa je?

Alia: Itulah hasrat hati Lia. Simple. Tapi, Lia bukannya tidak mengambil kira persepsi masyarakat langsung. Of course Lia akan tampil bagi nampak seperti seorang pengantin. Cuma, perhiasan Lia tu akan terkawal dan tidak melampaui batas. So, Lia akan decide sendiri setakat mana Lia nak berhias.

Ali: Maaf, nak mencelah skit. Saya setuju ngan Alia dan yakin muslimah macam Alia ni akan tahu batas-batasnya. Saya pun takda la ignore culture totally. Macam saya cakap tadi, kita cuma kena filter out yang mana tak boleh pakai and adopt mana yang boleh.

Abi: Kejap, kalau Lia nak decide baju takda masalah. Tapi, kena bagi Ummi Abi approve dulu. Takut-takut nampak kampung sangat pulak, malu kita ngan jiran-jiran.

Ahmad terkesima dengan kata-kata Abi.

Alia: Abi, kita bukan boleh nak puaskan hati suma orang. Lia ni pun tengah bertolak ansur sebanyak mungkin, within Islamic limits. Izinkan la Lia pakai pakaian yang selesa buat Lia.

Abi pandang Ummi.

Ummi: We'll think about it.

Abi: Ok la. Janji hantaran ada. Ummi, hari tu kat kenduri minggu lepas diorang buat hantaran RM10,000 kan?

Ali: Erk pak cik, erm...boleh tak kalau kita tak buat hantaran?

Abi: Haish, jangan camtu Ali. Suma benda tak leh buat ni.

Ali: Saya mintak maaf Pak Cik. Isunya ialah saya ni tidak mampu untuk sediakan duit sebegitu banyak. Lagipun hantaran ni bukannya satu syarat sah kahwin ke ape. Asalkan maharnya ada kira jalan la.

Abi: Maharnya apa?

Alia: Lia pikir sebentuk cincin pun ok la. Lagi mudah maharnya, lagi baik kan? Lagipun ni bukan urusan jual beli, ni perkahwinan.

Ummi:
 Tapi Ali, pelik la kalau orang tengok kita tak buat hantaran.

Ahmad: Ehem...jap. Rasanya kita boleh tolak ansur dalam bab ni.

Semua berpaling kepada Ahmad.

Ahmad: Apa kata kalau kita buat hantaran tu sebagai sepersalinan pakaian? Alia belikan untuk diri sendiri and then bagi kat Ali. Pastu Ali pun buat benda sama and then bagi kat Alia. Ye la, takut tak kena taste la kan. Tak perlu mahal-mahal, setakat mana mampu ja. Pastu balut la bagi fancy-fancy and jadikan la tu sebagai hantaran. Plus, tak membazir pun sebab beli sepersalinan pakaian yang akan digunakan everyday. Amacam?

Ali: Kalau camtu saya ok je.

Alia: Setuju.

Abi: Idea tu memang bagus, tapi nanti time kenduri tu akan ada orang datang and tanya brapa banyak hantaran yang dibuat. Tu soalan normal. Takkan la Abi nak bagitau yang kita buat hantaran pakaian saja?

Ahmad membisu. Dia begitu yakin ideanya itu akan menyelesaikan isu tersebut. 

Ummi: Kami faham yang agama tu penting, tapi air muka kena jaga jugak.

Ali: With all due respect pak cik and mak cik, saya bukannya apa, cumanya saya rasa it's better for me to invest in my marriage than in my wedding. Kalau kita belanja sampai kering poket or sampai berhutang or sampai membazir, apakah tu satu permulaan yang berkat? Lebih baik saya guna duit tu untuk rumah tangga saya.

Ummi: Jangan la buat susah-susah Ali. Kan senang kalau kita buat ikut cara yang orang selalu buat?

Ali: Ye, memang senang. Tapi senang tak semestinya betul mak cik.

Abi: Awak nak kahwin ngan Alia ke tak ni?

Ahmad menghantar SMS kepada Alia...

Ahmad: Lia, camne ni?
Alia: Ntah, Lia dah buntu.
Suasana genting seketika. Ali memejam matanya seketika, mengawal nafasnya kerana apa yang bakal dia ucapkan mungkin penentu segala-galanya. Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya...

Ali: Wallahi, hasrat saya yang menggunung tinggi sekarang ni ialah untuk berkahwin. Just imagining it gives me happiness, apatah lagi kalau saya experience it for real. Plus, saya yakin Alia ni la calon isteri yang saya cari selama ni. Tapi...

Semua menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Ali.

Ali: Tapi kalau mengahwini Alia bermakna saya kena "ceraikan" Allah dan Rasulullah, then I'd rather sacrifice my pleasure for the pleasure of my Lord.

Ahmad: Ali, apa maksud ko?

Ali: Maksud aku, kalau kita nak teruskan jugak ikut apa yang orang cakap, aku rasa mungkin aku akan tarik diri. Sebab aku tak tergamak untuk gembira pada hari kenduri kahwin aku sedangkan Allah murka kat aku.

Abi pandang Ummi. 

Abi: Ali...I don't think this is going to work out.

Ahmad dan Alia memandang Abi hampir serentak. Terkejut.  

No comments: